Posts

LANGKAH MEMPERKASA PENDIDIKAN LUAR BANDAR

  1.0 LANGKAH MEMPERKASA PENDIDIKAN LUAR BANDAR 1.1 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan di sekolah        Infrastruktur dan kemudahan di sekolah terutamanya di kawasan sekolah luar Bandar amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana infrastruktur dan kemudahan merupakan salah satu aspek yang utama atau terpenting dimana ia dapat menjamin situasi pembelajaran murid yang berkesan dan juga selesa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu bertindak dengan lebih agresif untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan di sekolah luar Bandar mampu dicapai dan juga ditingkatkan. Pihak Kementerian harus menjalankan penyelidikkan yang lebih mendalam lagi bekaitan dengan infrastruktur dan kemudahan di sekolah luar bandar dimana ia masih mempunyai jurang yang amat ketara dengan sekolah di kawasan bandar. Pihak kementerian harus  menyediakan kemudahan asas seperti  bilik darjah, asrama, rumah guru, bekalan elektrik dan bekalan air bersih di sekolah luar bandar seluruh negara. Selain itu, pi