LANGKAH MEMPERKASA PENDIDIKAN LUAR BANDAR

 

1.0 LANGKAH MEMPERKASA PENDIDIKAN LUAR BANDAR

1.1 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan di sekolah

       Infrastruktur dan kemudahan di sekolah terutamanya di kawasan sekolah luar Bandar amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana infrastruktur dan kemudahan merupakan salah satu aspek yang utama atau terpenting dimana ia dapat menjamin situasi pembelajaran murid yang berkesan dan juga selesa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu bertindak dengan lebih agresif untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan di sekolah luar Bandar mampu dicapai dan juga ditingkatkan. Pihak Kementerian harus menjalankan penyelidikkan yang lebih mendalam lagi bekaitan dengan infrastruktur dan kemudahan di sekolah luar bandar dimana ia masih mempunyai jurang yang amat ketara dengan sekolah di kawasan bandar. Pihak kementerian harus  menyediakan kemudahan asas seperti  bilik darjah, asrama, rumah guru, bekalan elektrik dan bekalan air bersih di sekolah luar bandar seluruh negara. Selain itu, pihak kementerian juga harus merangka strategi untuk meningkatkan lagi jurang digital di sekolah luar bandar. Makmal komputer, menambah bilangan komputer dan juga meningkatkan capai internet dan rangkai adalah perkara yang wajar diambil kira oleh pihak kementerian. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar di sekolah luar bandar kebanyakkannya sukar untuk mencari maklumat tambahan dan mereka hanya bergantung kepada buku teks, buku rujukan dan juga guru. Pihak kementerian harus memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik pelajar ke sekolah kurang pelajar dengan meningkat mutu infrastruktur dan juga kemudahan dan menyediakan guru yang terlatih yang bersesuai opsyen atau bidang. Oleh itu, infrastruktur dan kemudahan di sekolah boleh dikatakan sebagai langkah memperkasa pendidikan di sekolah luar bandar.

             

    1.2 Mengurangkan risiko keciciran pelajar di kawasan luar bandar

       Masalah keciciran pelajar adalah salah satu masalah yang menyebabkan pendidikan di luar bandar menjadi kurang berkesan berbanding pendidikan di bandar. Masalah ini perlu dibendung atau diselesaikan kerana ia membawa kesan yang sangat buruk kepada anak-anak masyarakat yang tercicir disebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan masalah kewangan dan juga disebabkan tiada sokongan daripada ahli keluarga serta masalah kesihatan. Pengurangan kadar keciciran di sekolah luar bandar dapat diatasi dengan memperbanyakkan program-program motivasi dan menjalin permuafakatan dengan warga sekolah, keluaga dan juga komuniti serta menguatkuasakan pendidikan wajib. Selain itu, pihak kerajaan harus memandang masalah keciciran pelajar adalah masalah yang serius. Pihak kerajaan harus menyediakan bantuan kewangan agar pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berpendapatan untuk membantu mereka bersekolah. Pihak kerajaan juga harus memantapkan program pendidikan bagi pelajar kurang upaya dimana sekolah-sekolah luar bandar perlu diberi peluang untuk mewujudkan kelas bagi pelajar Autisme dan pelajar yang mempunyai dua kecacatan. Ini akan dapat memasti pelajar yang mempunyai masalah kesihatan akan dapat meneruskan pelajaran. Di kawasan luar bandar, ia banyak didiami oleh Orang Asli dan juga Kaum Minoriti. Ini menunjukkan bahasa pihak kerajaan harus mewujudkan atau mempekenalkan program khusus bagi Orang Asli dan Kaum Minoriti agar mereka lebih tertarik untuk mendapatkan pendidikan. Oleh itu, masalah keciciran pelajar perlu dikurangkan agar pendidikan di luar bandar setaraf dengan pendidikan di bandar.

 

1.3 Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasa luar bandar

       Guru merupakan salah satu faktor kepada kejayaan pelajar. Di sekolah luar bandar, guru yang terlatih sanagt diperlukan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang terlatih akan dapat mendidik pelajar dengan baik dan memastikan mereka menerima pendidikan yang secukupnya. Dalam hal ini, pihak kerajaan harus mewajibkan guru baru untuk berkhidmat di awasan luar bandar. Namun begitu, masih banyak guru menolak untuk berkhidmat di kawasan luar bandar kerana dugaan dan halangan yang sangat besar. Berdasarkan situsi ini, pihak kerajaan harus bijak mengatur langkah. Pihak kerajaan boleh menambahbaik insentif khusus kepada guru yang mengajar di kawasan luar bandar. Pemeberian asuran atau perlindungan perlu diberikan kepada guru di kawasan luar bandar terutamanya guru yang harus menghadapi situasi sukar seperti perlu menggunakan pengangkutan air dan berjalan kaki untuk sampai ke destinasi pengajaran. Pihak kerajaan juga harus menyediakan rumah guru dengan kemudah yang sempurna di kasawasan sekolah luar bandar. Pemberian insentif dan juga ansuran atau perlindungan akan meningkatkan lagi semangat guru baru dan mengurangkan rasa takut untuk menabur bakti dan meningkatkan pendidikan di sekolah luar bandar agar dapat setanding dengan sekolah di kawasan bandar.

 

1.4 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu-bapa di kawasan luar bandar

       Kawasan luar bandar kurang mempunyai pilihan pendidikan kepada ibu-bapa diluar bandar. Pilihan seperti sekolah kemahiran amat diperlukan di kawasan luar bandar kerana ia dapat menjamin masa depan anak-anak luar bandar untuk menimba ilmu kemahiran dan menjadikan mereka antara pekerja mahir di masa akan dating. Pihak kerajaan perlu mengkaji untuk mewujudkan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pihak kerajaan juga harus memperluaskan pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah luar bandar. Hal ini akan dapat memastikan pelajar luar bandar mendapat pendidikan sekaligus meningkatkan tahap pendidikan luar bandar dari segi akademik dan juga kemahiran.

 

 

 RUJUKAN

ZALIKA FARIDAH, KASSIM MOHAMAD, JOHDI SALLEH, (2009), Memperkasakan pendidikan luar bandar, http://irep.iium.edu.my/11670/1/Procedng_-_Memperkasakan_Pend_Luar_Bandar.pdf  [diakses pada 25 April 2021]  

Hemalatha Santhiran [4 April 2018], Juaran Pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar, http://latha9220.blogspot.com/?m=1 [diakses pada 45 April 2021]

    Zalika Adam, Faridah Kassim dan Mohamad Johdi Salleh (2009), Memperkasa pendidika luar             bandar, http://docplayer.net/29928119-Memperkasakan-pendidikan-luar-bandar.html [diakses        pada 25 April 2021

Comments